|
||||||||||||||
|
"Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah suatu kewajiban bagi kaum
MENEROKAI PENDIDIKAN DI MALAYSIA Oleh: Ir. Muhammad Subhan, M.Sc. Email: subhan@tarsa.org
Negara Malaysia merupakan salah satu destinasi bagi para generasi muda Aceh untuk melanjutkan pendidikan sama ada pada peringkat undergraduate, master mahupun doktor. Selain dekat dengan Aceh, pendidikan di Malaysia juga menjanjikan sesuatu yang tidak dijumpai di tempat lainnya. Sesuatu yang lain itu akan anda dapatkan setelah anda menginjakkan kaki anda di sana.
Secara umum, sistem pendidikan di Malaysia berkiblat kepada sistem pendidikan di Inggris. Namun demikian, ciri khas tersendiri tetap dipunyai. Hanya dengan beberapa sahaja universiti awam (public university), pendidikan Malaysia berkembang dengan pesat termasuk jumlah pelajar dari negara luar yang semakin meningkat setiap tahun. Hal ini ditambah lagi dengan adanya beberapa university international semisal International Islamic University Malaysia yang mempunyai mahasiswa yang berasal dari lebih 90 buah negara. Oleh sebab itu, pendidikan Malaysia bukan lagi milik orang Malaysia semata, tetapi ia telah menjadi tempat peraduan pelbagai mahasiswa dari seluruh penjuru dunia termasuk mahaisiswa dari Tanoh Rincong.
Pendidikan Malaysia juga menggunakan sistem kredit semester bagi kelulusan para sarjananya. Ini adalah sistem umum yang juga dipakai oleh negara-negara lain di dunia, termasuk di Aceh. Jumlah kredit yang diperlukan untuk menamatkan sarjana strata satu (undergraduate) adalah lebih kurang 120 unit sahaja.
Selain itu, pendidikan Malaysia pada peringkat strata satu (undergraduate) juga tidak mewajibkan penulisan skripsi dan penelitian. Tetapi para mahasiswa tahun akhir hanya diwajibkan mengikuti practical atau semacam kerja praktek sesuai dengan ilmu mereka. Namun hal yang merugikan adalah tidak banyak universiti di Malaysia yang menerima pelajar luar negara untuk strata satu (undergraduate) ini. Beberapa universiti yang boleh dimasuki oleh pelajar luar negara untuk peringkat strata satu (undergraduate) ini antaranya adalah International Islamic University Malaysia (IIUM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Untuk program undergraduate, biaya pendidikan per semester adalah antara 700 sehingga 1300 ringgit. Nilai ini memang agak mahal bila dibandingkan dengan biaya untuk program undergraduate di beberapa negara ASEAN lainnya. Tetapi dengan tawaran masa pendidikan yang singkat menjadikan biaya ini sesuatu yang menarik untuk dipertimbangkan.
Untuk program postgraduate, biaya pendidikan per semester adalah antara 900 sehingga 3600 ringgit bergantung jenis program dan peringkat program (master atau doktor) yang diambil dan universitinya. Misalnya untuk program master jenis Art dan Science biaya pendidikan per semester adalah 900 sehingga 1600 ringgit sahaja. Sedangkan untuk program doktor bidang bisnes biayanya sampai 3600 ringgit.
Pada dasarnya, kampus di Malaysia ibarat sebuah perkampungan iaitu perkampungan pelajar. Ini kerana di dalam kampus selain terdapat asrama pelajar juga terdapat perumahan kaki tangan (staff) dan pengajar universiti. Semua kemudahan lain seperti kantin, toko, bank, hotel mini, masjid dan surau, padang bola dan sport lainnya termasuk kolam renang, sekuriti, internet dan lain sebagainya banyak terdapat dalam kampus. Inilah yang dikatakan sebagai perkampungan pelajar.
Kehidupan kampus lainnya adalah suasana belajar yang tenang kerana semua kampus di Malaysia merupakan sebuah kompleks yang tak dapat dimasuki oleh sebarang orang yang tidak mempunyai kepentingan. Kehidupan kampus adalah kehidupan yang bercirikan akademik dan intelektual. Kerana itu, suasana hiruk-pikuk dan kebisingan adalah tidak wujud di kampus. Selain itu, masa pembukaan perpustakaan yang panjang iaitu dari pukul 8 pagi sehingga pukul 11 malam turut menambah keseronokkan belajar di dalam kampus.
Satu lagi kehidupan kampus yang paling menyenangkan adalah suasana kampus yang terdiri dari perbukitan yang menghijau yang diselangi dengan hutan-hutan kecil yang asli yang dibelah oleh jalan-jalan kampus yang berkelok-kelok dikelilingi oleh permaidani rumput yang tebal dan hijau adalah suatu pengalaman yang tak akan terlupakan. Kebersihan yang selalu dijaga dan rumput yang selalu dipotong dan rapi merupakan ciri-ciri kampus di Malaysia. Inilah yang membangkitkan selera ramai mahasiswa untuk melakukan jogging pada setiap pagi dan petang hari di sekitar kawasan kampus.
"WELCOME TO MALAYSIA...!"
|
|||||||||||||
| Powered By Website Baker | ||||||||||||||
|
||||||||||||||