TARSA (Tan�h Rinc�ng Students Association) - Malaysia


Open quote
Lagèe manok galak keu iku, bak jimeusu h’an jikira.
Close quote

 

 :: Panduan Pergi Ke Malaysia Bagi Pelajar     

 

PANDUAN PERGI KE MALAYSIA BAGI PELAJAR

 

Oleh: Ir. Muhammad Subhan, M.Sc.
Email: subhan@tarsa.org

 


Bismillahirrahmaniraahim

 

Seringkali orang enggan pergi ke luar negeri atas alasan tidak mengenal tempat, tidak tahu cara atau menyusahkan. Padahal semua itu tidaklah selalu demikian. Bagi orang-orang yang menyukai suasana hidup baru dan pengalaman baru, mereka selalu menganggap itu sebagai suatu tantangan yang harus dijalani. Apatah lagi tempat yang akan dikunjungi itu masih serumpun dan relatif sama dari segi budaya, bahasa, adat istiadat, iklim dan cauca, serta agama seperti Negara Malaysia. Semua itu akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan mengesankan.

 

Calon pelajar yang telah mendapatkan surat tawaran (offer letter) dari universiti di Malaysia patut mempersiapkan dirinya sejak awal. Ibarat seseorang yang akan pergi merantau, maka ia sudah tentu akan mempersiapkan dirinya dari segala aspek: mental, fisik, pakaian seperlunya, dan peralatan sehari-hari dan peralatan lainnya yang dianggap perlu. Selain semua itu, informasi tambahan dan tips juga perlu diketahui untuk menambah semarak perjalanan yang akan dibuat.

 

Perjalanan seorang calon pelajar selain sebagai perantau, juga sebagai penuntut. Oleh sebab itu, keduanya harus dipersiapkan. Sebelum pergi ke Malaysia pastikan anda mendapatkan surat tawaran (offer letter) dari universiti yang anda mohon. Dapatkan visa 3 bulan dari konsul Malaysia yang terdekat dengan tempat anda dengan membawa surat tawaran dari universiti tersebut. Apabila sudah mendapatkan visa, perjalanan ke Malaysia baru boleh dibuat. Selain itu, perjalanan langsung sebagai pelawat sosial (menggunakan visa kunjungan sosial) satu bulan juga dapat anda buat. Tapi cara kedua ini sangat merugikan anda sebagai seorang pelajar. Kerugian-kerugian yang akan diperoleh dengan visa kunjungan sosial antaranya adalah:

  1. Bila anda pertama sekali masuk ke Malaysia, maka sudah tentu anda memerlukan masa untuk beradabtasi atau menyesuaikan diri. Masa sebulan ditambah pengurusan pas dan visa pelajar adalah masa yang cukup singkat. Biasanya anda perlu keluar Malaysia kembali untuk memperpanjang visa anda sebelum dapat mendapatkan visa dan pas pelajar.
  2. Anda akan dikenakan biaya yang lebih besar hampir 4 kali ganda sewaktu permohonan visa dan pas pelajar iaitu sekitar RM500.
  3. Anda tidak dapat melancong lebih banyak ke tempat-tempat menarik di Malaysia kerana keterbatasan visa sosial anda.
  4. Ada kemungkinan anda tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

 

Selain itu, akan sangat baik bila anda dapat mengontak kawan anda di Malaysia sebelum kedatangan anda. Atau bila anda tidak mempunyai sebarang kawan di Malaysia, anda dapat menghubungi pengurus tarsa melalui e-mail: pengurus@tarsa.org. Ini semua bagi memudahkan urusan kedatangan anda kalau hal itu perjalanan pertama anda ke Malaysia. Pengurus tarsa dengan senang hati akan membantu anda menunjukkan dan menerangkan hal-hal yang perlu anda lakukan.

 

Anda akan disambut sesampainya anda di Malaysia oleh beberapa pengurus tarsa. Anda berhak menjadi anggota tarsa begitu sahaja anda mendaftar sebagai mahasiswa pada salah satu universiti di Malaysia. Selanjutnya apa yang perlu dilakukan adalah mendapatkan tempat tinggal yang sesuai dekat universiti tempat anda menuntut.

 


 


Powered By Website Baker